Monday, 10 August 2015

Batal tukar: KSN puas hati penjelasan pegawai SPRM

Ali Hamsa

SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berpuas hati dengan penjelasan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Ali berkata, beliau dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal telah berjumpa dengan kedua-dua pegawai itu bagi mendapatkan penjelasan.

“Kedua-dua mereka memberikan penjelasan mengenai tindakan mengeluarkan kenyataan media.

“Susulan dengan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a comment