Tuesday 28 July 2015

Ibu selamatkan anak sebelum 'ditelan' eskalator

Rakaman CCTV yang menunjukkan insiden berkenaan.

HUBEI - CHINA. Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas terjatuh apabila lantai eskalator runtuh di sebuah pusat membeli belah di bandar Jingzhou. 

Rakaman kamera litar tertutup CCTV menunjukkan Xiang Liujuan menaiki tangga bergerak berkenaan bersama anak lelakinya dan ketika melangkah, lantai eskalator tiba-tiba runtuh dan menyebabkan dia bersama anaknya terjatuh dan hampir 'ditelan' eskalator berkenaan.

Liujan bagaimanapun sempat menolak anaknya ke depan dan kemudian ditarik oleh pengunjung yang berada di lokasi insiden berkenaan.

Seorang pengunjung turut dilihat cuba untuk menyelamatkannya dengan menarik Liujuan namun gagal dan terus 'ditelan' oleh eskalator berkenaan.

Wanita itu dikatakan ke pusat membeli belah berkenaan bersama suaminya.

Anggota keselamatan mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan mayat mangsa, punca kejadian dipercayai disebabkan skru pemijak berkenaan yang longgar.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment