Pengawal keselamatan warga asing yang berpakaian seperti koboi ditahan dalam operasi, semalam.
KUALA LUMPUR - Dua pengawal keselamatan warga asing berpakaian seperti koboi ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan imigresen kerana tidak mempunyai permit, dalam operasi khas di sekitar daerah Kajang, semalam.
Difahamkan operasi kira-kira jam 11 pagi, melibatkan seramai 17 anggota dan pegawai dari agensi penguat kuasa berkenaan.
Pengawal keselamatan yang hanya mahu dikenali sebagai Suresh berkata, dia berkhidmat hampir dua tahun di kawasan perumahan itu.
Katanya, dia yang masih bujang dan menerima gaji RM1,400 sebulan, tinggal di sebuah rumah sewa di Kajang Perdana.
“Sebelum ini, saya pernah bekerja sebagai buruh bagaimanapun, saya berhenti kerana gaji yang diterima amat sedikit dan tidak cukup untuk menyara keluarga,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya, Ashrizal Abdul Rahman berkata, tujuan operasi ini bagi membantu pihak KDN membanteras warga asing yang tidak punyai pas dan permit kerja yang sah dan bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Beliau berkata, dalam operasi dua jam itu, pihaknya bersama KDN melakukan pemeriksaan di lima lokasi yang dikenalpasti.
“Pemeriksaan melibatkan pas kerja, permit pengawal keselamatan dan lesen syarikat keselamatan.
“Hasilnya, 15 orang diperiksa dengan enam dibebaskan, manakala selebihnya ditahan melibatkan warga Pakistan dan Nepal berusia 28 hingga 40 tahun atas kesalahan tidak memiliki pas kerja,” katanya kepada pemberita, semalam.
Ashrizal berkata, semua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Tindakan diambil di bawah Akta Imigresen dan Akta Agensi Persendirian 1971 iaitu lesen syarikat keselamatan yang membenarkan warga asing tersebut bekerja dikenakan boleh dibatalkan serta-merta.
- Sumber: Sinar Harian | 18 Jun 2015
No comments:
Post a Comment