Monday 20 April 2015

Winter Sonata kembali


MENCIPTA fenomena tersendiri satu ketika dahulu, drama bersiri popular, Winter Sonata, bakal kembali dengan sekuel baharu pada tahun hadapan.

Menurut Penerbit Ekskutifnya, Park Yeong Seok, melihat kepada penerimaan hebat di kalangan penonton, mereka turut membuat perancangan termasuk mengumpul semua krew produksi asal drama bersiri itu.

"Idea untuk menyambung drama bersiri itu sudah lama saya fikirkan dan saya yakin, ianya pasti mendapat sambutan yang hebat di kalangan penonton yang menantikan sekuel ini.

"Saya rasa, selepas 10 tahun, ianya adalah waktu yang sesuai untuk mengembalikan popularitinya," katanya yang memberitahu sinopsis drama itu akan dedahkan kepada umum pada bulan hadapan.

Sebelum ini, Winter Sonata menggandingkan Bae Yong Joon dan Choi Ji Woo, namun untuk sekuel ini, pihak produksi masih belum mengesahkan pemilihan pelakon.

Namun, kru produksi seperti pengarah dan penulis skrip masih dikekalkan iaitu Yoon Seok Ho sebagai pengarah dan Yoon Seun Gyeong dan Kim Eun Hee, sebagai penulis skrip.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment