Monday 20 April 2015

Kebakaran: Burung kakak tua minta tolong

Burung kakak tua diberikan bantuan penafasan.

IDAHO - AMERIKA SYARIKAT. Dua ekor burung kakak tua yang terperangkap dalam satu kebakaran berjaya diselematkan selepas suara mereka meminta tolong didengar oleh anggota bomba yang ditugaskan memadamkan kebakaran. tersebut.

Selepas tiba ditempat kejadian, angggota bomba telah terdengar suara "tolong" dan "kebakaran" di dalam rumah terbabit dan percaya masih adalah orang yang terperangkap dalam rumah berkenaan.

Namun selepas diperiksa, suara meminta tolong tersebut sebenarnya datang dari dua ekor burung kakak tua yang masih terperangkap.

Memetik laporan Mirror.uk, kedua-dua ekor burung tersebut diselamatkan dan diberi bantuan penafasan.

Pemilik rumah tiada pada waktu kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment