Friday 24 April 2015

Hoi dah kahwin ka belum?

Sedutan video yang viral di laman sosial Facebook.

SHAH ALAM - Seorang pemuda bertindak merakam aksi beliau menegur perbuatan pasangan lelaki dan perempuan di sebuah taman yang disifatkannya sudah keterlaluan.

Video berdurasi satu minit 30 saat tersebut dikongsi beberapa pelayar di laman sosial Facebook hari ini.

"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," kata pemuda tersebut di awal video tersebut.

Dia kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.

"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.

Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.

Hampir 150,000 pelayar yang menonton video berkenaan berpendapat tindakan pemuda tersebut adalah berani dan sedikit kasar namun tetap dipuji kerana berjaya menegur.

"Tak kena tertib dia rakam, lebih baik dia tak rakam, terus tegur, biar ALLAH rakam," kata seorang pelayar.

"Tapi teguran dia tu saya setuju. Apa pun jadikan iktibar," kata Aki Naszeri.

"Kalau ramai manusia macam abang dalam video tu dekat sini, mesti dapat mengurangkan kes-kes macam tu," kata Affiq Zulkifle.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment