Sunday, 8 March 2015

'Saya komited untuk mencari kebenaran' - Sarah Bajc


"Saya meneruskan kerja sepenuh masa, saya ada tiga orang anak untuk dibesarkan, dan memiliki keluarga dan teman-teman hebat yang sangat memahami keadaan."

KUALA LUMPUR: Philip Wood, 50, merupakan salah seorang daripada tiga warga Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang kini masih tidak ditemui.

Seorang pengembara yang bersemangat, eksekutif IBM itu baru sahaja dipindahkan tugas ke Kuala Lumpur dari Beijing bersama pasangannya, Sarah Bajc. Kunjungan ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu merupakan lawatan yang dirancang sebelum secara rasmi memulakan tugas di Kuala Lumpur.

Setelah setahun, Bajc, yang mengajar subjek ekonomi dam bisnes di salah sebuah sekolah antarabangsa di sini, berkata bahawa dia semakin mula menerima keseluruhan situasi tersebut.

Dia pada mulanya terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat tersebut terlah ‘berakhir di Lautan Hindi’. Daripada perasaan terkejut, dia menjadi marah dengan seluruh ketidakpastian berkenaan.

Bebanan rasa hiba kerana kehilangan seorang yang penting dalam hidupnya itu ditambah lagi dengan kekecohan, teori konspirasi, laporan media dan juga kekangan maklumat daripada kerajaan Malaysia.

“Saya meneruskan kerja sepenuh masa, saya ada tiga orang anak untuk dibesarkan, dan memiliki keluarga dan teman-teman hebat yang sangat memahami keadaan.

“Dari aspek emosi, sebenarnya sangat sukar untuk meneruskan kehidupan kerana kita semua tidak mempunyai sebarang jawapan,” ujarnya.

Tambah Bajc, dia sudah menjangka pengumuman pengisytiharan pesawat hilang akan dibuat oleh kerajaan Malaysia, namun dia agak terkejut kerana ia dilakukan dengan cepat – pada 29 Januari 2015, iaitu belum genap setahun ia dilaporkan hilang.

“Anehnya, pengumuman itu nampak mudah – ia hanya sebuah kenyataan, seperti kenyataan yang dimahukan daripada pihak mereka,” katanya.

Walau bagaimanapun, bagi Bajc dan keluarga, setiap hari adalah hari yang penuh kepiluan. Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa dia dan keluarga memikirkan tentang Wood.

Pada 8 Mac tahun ini, hakikat perkara itu sukar untuk dihadam dan satu-satunya perkara yang Bajc hendak lakukan adalah menghabiskan masa seorang diri dan mengimbas semula detik-detik indah bersama pasangannya.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment