Tuesday, 10 March 2015

Pandikar pertimbang kehadiran Anwar ke Parlimen

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan meneliti cadangan membenarkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Dewan Rakyat.

Mohamed Azmin Ali (PKR- Gombak) berkata, Pandikar bagaimanapun tidak memberi tempoh masa untuk mengumumkan keputusan cadangan tersebut.

“Beliau (Pandikar) perlu meneliti perkara tersebut (permohonan Anwar untuk hadir ke parlimen) dan akan membuat pendirian pada masa yang sesuai,” katanya.

Azmin berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pandikar di pejabat Yang Di-Pertua Speaker Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Azmin turut melahirkan kekecewaan di atas ketidakhadiran Ketua Pembangkang itu ke Parlimen.

"Dari segi undang-undang, Anwar secara sah dari segi undang-undang berhak hadir ke parlimen.Sedangkan ada peruntukan yang membenarkannya hadir. Sebagai contoh kes saman sivil ke atas Anifah Aman beliau dibenarkan untuk keluar penjara dan dibawa ke mahkamah.

“Mengapa Dewan Rakyat menjadi halangan untuk beliau dibawa sebagai Ketua Pembangkang? Saya berharap Tan Sri Speaker meneliti semula keputusan yang telah dibuat selaras dengan prinsip demokrasi dan amalan yang kita lakukan mengangkat parlimen kelas pertama,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment