Tuesday 3 February 2015

Rozita Rohaizad ikut jejak Saloma

Rozita Rohaizad

PENYANYI dan pelakon Rozita Rohaizad akan membawa lagu rentak Rap pada Festivall Pelbagai Budaya Nasional Canberra 2015 selama dua hari bermula 13 Februari ini.

Anak seniwati Mariani atau nama sebenarnya Mariam Ismail berkata ia satu cabarang memandangkan bukan mudah untuk membawa lagu Rap memandangkan beliau memiliki suara yang lembut, namun menyahut cabaran itu bagi membuktikan dirinya penyanyi serba boleh.

Rozita berkata lagu lagu versi rap 'Kenek-Kenek' itu dirakamkannya pada tahun lepas bersama penyanyi rap Dior dan Doul, dan untuk persembahan di Canberra beliau akan menyampaikan secara solo.

"Saya beraksi dalam kategori melibatkan konsep persembahan 'Flavour of Malaysia' meliputi lagu-lagu berentak tradisional seperti Joget Budaya, Kenek-Kenek, Manusia dan Jelingan Manja.

"Persembahan selama 30 minit akan diiringi oleh kumpulan penari terdiri daripada pelajar Malaysia yang menuntut di Canberra, Melbourne dan Sydney," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Rozita berkata, tujuan festival itu bagi mempamerkan pelbagai bentuk kebudayaan dari seluruh dunia.

"Saya mengikuti jejak langkah mama (ibu saudaranya Allahyarhamah Seniwati Saloma) yang pernah menyanyi di Australia pada 1958, jadi saya tak sangka akan mengikuti jejak arwah mama ke negara yang sama," katanya yang bakal mengayakan dua busana tradisional rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.

Mengulas mengenai pemilihannya ke Canberra Rozita berkata, dia menghantar portfolio mengenai penglibatannya dalam seni suara kepada pihak yang menguruskan dirinya di Australia sebelum terpilih mewakili Malaysia dalam festival tersebut.

Rozita terlibat dalam arena seni suara sejak 1978 dengan komposer Ahmad Nawab banyak menaikkan namanya dalam industri seni melalui lagu-lagu ciptaannya.

Antara album lagu yang pernah dihasilkan beliau ialah Hari Yang Kunantikan Kekal Abadi, single Kenek-Kenek serta single lagu hari raya berjudul Raikan Lebaran. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment