Wednesday 18 February 2015

126 ahli kongsi gelap diberkas

AMPANG - Polis memberkas 126 individu dipercayai terlibat dalam aktiviti Kongsi Gelap di Selangor sehingga Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, daripada jumlah itu seramai 75 individu dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

“Kita akan mengambil tindakan secara agresif terhadap individu yang terbabit dalam jenayah kongsi gelap,” katanya.

Abdul Samah berkata, masyarakat melahirkan kegusaran dengan dua kes pembunuhan dipercayai ahli kongsi gelap di Kuala Langat dan Klang Selatan, baru-baru ini.

“Masyarakat tidak perlu bimbang berhubung kejadian itu, keadaan masih terkawal, kita telah mengambil tindakan pencegahan dan tangkapan ke atas individu yang terbabit dalam kes tersebut,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment