Sunday 25 January 2015

Reaksi media sosial terhadap cadangan hukuman kepada ibu bapa merotan anak



Pengguna media sosial beri maklum balas berkenaan akta baharu yang bakal menghukum ibu bapa yang merotan anak mereka.

CADANGAN untuk menggubal akta baharu yang bakal menghukum ibu bapa atas kesalahan merotan anak mereka menjadi perbualan hangat di internet.

Pelbagai reaksi diberikan di pelbagai platform media sosial.

Daripada pemerhatian, rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan akta baharu ini.

Bagi mereka, merotan itu perlu untuk mendidik anak-anak, namun tidak sampai ke tahap mendera.

Tidak kurang pula yang berasakan tindakan itu mengenepikan hak ibu bapa dalam mendidik anak.

Namun tidak semua membantah keputusan itu. Sesetengah pengguna percaya mendidik anak tanpa kekerasan adalah satu pendekatan yang baik.

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment