Friday 9 January 2015

QZ8501: Isyarat ping pesawat AirAsia berjaya dikesan

Lokasi isyarat ping terbabit dilaporkan berada berdekatan dengan ekor pesawat yng dikesan. - Gambar Fail

PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan isyarat ping pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak 28 Disember lalu, kata seorang pegawai penyiasat kanan Indonesia kepada agensi berita AFP.

“Sebuah kapal telah mengesan bunyi ping terbabit. Anggota penyelam kini sedang berusaha untuk sampai ke lokasinya,” kata S. B Supriyadi, yang ditugaskan di Pangkalan Bun, pusat operasi mencari dan menyelamat.

“Lokasi isyarat ping terbabit dilaporkan berada berdekatan dengan ekor pesawat yng dikesan, “ tambahnya.

Pesawat itu terhempas di Laut Jawa pada 28 Disember lalu ketika cuaca ribut selepas terbang dari Surabaya menuju ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal.

Cuaca buruk sejak beberapa hari lalu turut menghambat usaha mencari mayat dan bangkai pesawat.

Pengesanan kotak hitam pesawat dianggap penting bagi mengetahui apakah punca sebenar kejadian kerana ia memiliki rakaman suara dan data penerbangan.

Kotak hitam terbabit direka untuk mengeluarkan isyarat selama 30 hari agar ia dapat dikesan sekiranya berlaku nahas.

Pasukan pencari menemui bahagian ekor pesawat yang menempatkan kotak hitam terbabit pada Rabu namun pada awalnya tiada sebarang bunyi dikesan di lokasinya yang sedalam 30 meter itu.

- Sumber: AFP 

No comments:

Post a Comment