Friday 9 January 2015

Foto suspek insiden tembak mati polis wanita di Paris didedah

Dua suspek tersebut - Hayat Boumeddiene (kiri) dan Amedy Coulibaly (kanan)

PARIS: Polis Perancis telah mendedahkan foto dua suspek yang dikaitkan dengan insiden menembak mati seorang polis wanita di Montrouge di selatan Paris semalam, lapor AFP.

Pasangan lelaki dan wanita itu dikenali sebagai Amedy Coulibaly, 32, dan Hayat Boumeddiene, 26.

Menurut polis, mereka berkemungkinan bersenjata dan bahaya.

Semalam, polis telah pun mengenal pasti salah seorang daripada suspek tersebut dan menahan dua orang yang rapat dengan mereka.

Kejadian yang turut menyebabkan seorang awam cedera, dipercayai tiada kaitan dengan serangan di pejabat akhbar Charlie Hebdo pada Rabu yang menyebabkan 12 terbunuh.

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment