Monday 8 December 2014

Pemandu teksi Uber ditahan kerana merogol

Gambar hiasan. Sumber internet


MATHURA - INDIA. Polis menahan seorang pemandu teksi Uber atas tuduhan merogol seorang penumpang berumur 25 tahun dalam satu kejadian, Jumaat lepas.

Kejadian tersebut memberi kesan buruk kepada syarikat teksi berkenaan, yang selama ini mementingkan keselamatan, lapor Yahoo.news.

Polis berjaya mengesan suspek yang telah meninggalkan teksinya dan lari ke Uttar Pradesh.

Ketika kejadian, suspek dilaporkan menyerang penumpangnya itu di sebuah kawasan terpencil di ibu kota India.

Pegawai polis, Deepak Mishra mengkritik Uber kerana siasatan menunjukkan bahawa peranti GPS tidak disertakan dalam teksi suspek, malah pemeriksaan mandatori oleh pihak polis terhadap pemandu juga tidak dibuat.
- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment