Thursday 20 November 2014

Penyanyi didakwa miliki dadah direman

Suspek ketika di mahkamah semalam. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Selayang hari ini membenarkan permohonan tahanan reman terhadap seorang penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun yang didakwa memiliki dadah jenis syabu, lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan, majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan penyanyi itu ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Semalam, suspek tersebut, dilaporkan sebagai bekas penyanyi kumpulan Exist, telah ditahan dalam satu serbuan kira-kira pukul 1.30 petang di sekitar Kompleks Selayang Mall.

Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam "Ops Tapis", ketika dia sedang memandu.

Pemeriksaan polis ke atasnya menemui satu lipatan kertas putih yang di dalamnya mengandungi sepeket kecil plastik lutsinar berisi dadah syabu anggaran 0.30 gram yang digenggam di tangan kirinya.

Saringan awal ujian air kencing ke atasnya juga didapati positif dadah jenis 'Meth'. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment