Thursday 25 September 2014

Dakwaan konsert ditaja syarikat judi adalah fitnah - Shila Amzah

Shila Amzah dan ND Lala turut menjelaskan kemelut yang melanda di antara penyanyi tersebut bersama media Malaysia khususnya berbahasa Melayu.

Dakwaan mengatakan konsert sulung Shila Amzah pada 13 September lalu yang menerima tajaan syarikat judi terbesar Malaysia adalah tidak benar.

Shila Amzah tampil dalam rancangan Apa Kata Malaysia (AKM) pada Rabu bersama bapanya, ND Lala bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Tambah Shila lagi, dakwaan ini amat mengejutkan dirinya dan keluarga dan mahukan pihak yang bertanggungjawab menulis perkara ini mengemukakan bukti.

“Bila dakwaan ini timbul saya berada di China dan terkejut bagai dituduh dari jauh sehingga ada sesetengah media terus meminta pandangan mufti berkenaan perkara ini.

Ini adalah tidak benar dan dakwaan ini adalah fitnah. Saya mahu kepada yang mendakwa bahawa konsert saya ditaja syarikat judi terbesar Malaysia agar tunjukkan bukti” katanya kepada pengacara AKM, Datuk Aznil Hj Nawawi.

Dalam rancangan yang sama, Shila dan ND Lala turut menjelaskan kemelut yang melanda di antara penyanyi tersebut bersama media Malhuu
aysia khususnya berbahasa Melayu.

Sebelum ini, kontroversi timbul apabila penyanyi yang sedang mencipta nama di China itu telah mengkritik media melayu Malaysia yang dikhabarkan langsung tidak membuat liputan tentang konsertnya di Malaysia.

Malah Shila menerusi akaun laman sosialnya turut menyindir media Melayu yang kononnya lebih berminat dengan cerita-cerita gosip.

Kata ND Lala selaku pengurus Shila, post yang dimuatnaik di Instagram Shila itu bukanlah berniat untuk mengecam media berbahasa Melayu namun lebih kepada sebuah pertanyaan.

“Itu adalah post yang dibuat peminat dan di repost Shila.

Ia bukan satu kenyataan namun lebih kepada persoalan dalam menjadikan Instagram sebagai platform dalam mengajak rakyat Malaysia mengutarakan pendapat” jelas ND Lala.

Dalam pada itu, ND Lala turut memberitahu bahawa Shila hanya mempunyai tiga hari dalam membuat persediaan untuk konsertnya baru-baru ini dan jemputan media diuruskan oleh pihak penganjur.

Tambah ND Lala, jemputan ke konsert pada 13 September lalu telah dihantar melalui emel pada 4 Sept di antaranya kepada Pengarang Berita Harian, The Star dan Utusan.

“Bila disemak semula, emel jemputan yang dihantar sudah diterima. Tiada yang bounce” katanya lagi.

Bila ditanya apa komen mereka mengenai keputusan beberapa pihak media untuk memboikot Shila.

“Kami redha” jawab ND Lala ringkas.

Dua beranak itu pulang ke Malaysia secara mengejut dari China dalam menyelesai konflik yang melanda serta turut mengadakan sidang media pada hari yang sama bagi menjernihkan keadaan.

- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment