Thursday 5 June 2014

Lagi video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di media sosial

Video pelajar perempuan bertumbuk tersebar di Facebook


KUALA LUMPUR: Satu lagi video pergaduhan pelajar sekolah yang menunjukkan dua orang pelajar perempuan saling bertumbuk dan menarik rambut secara ganas, muncul di media sosial dan mula tersebar dengan meluas.

Video berdurasi 1 minit, 46 saat itu dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit, bermula dengan dua pelajar perempuan yang berdiri menghadap antara satu sama lain dan seakan-akan sedar bahawa video mereka sedang dirakamkan.

Sejurus selepas itu, kedua-dua mereka mula bertumbuk, memukul dan berguling di tanah sambil menarik rambut dan menendang satu sama lain.

Walaupun pergaduhan itu berlaku lebih seminit, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar yang melihat dan merakam perkara itu.

Malah, ada suara latar yang memberi semangat kepada pelajar yang bergaduh itu dengan jeritan ‘tumbuk, tumbuk, tumbuk.’

Hanya di sasat-saat terakhir video itu, beberapa pelajar cuba meleraikan pergaduhan itu dengan berkata ‘cukup, cukup.’

Sekolah pelajar-pelajar tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Video itu telah menerima kritikan hebat dari pengguna Facebook, di mana kebanyakan mereka berkata tindakan itu memalukan umat Islam di negara ini dan memalukan ibu-bapa mereka.

Ada juga yang memberi cadangan kedua pelajar itu memasuki pertandingan Mixed Martial Arts (MMA) dan World Wrestling Entertaiment (WWE).

Pada Isnin, satu lagi video pergaduhan pelajar yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibuli dengan kejam oleh sekumpulan pelajar perempuan lain turut muncul dan mendapat kritikan di media sosial.

Video itu bermula dengan sekumpulan kira-kira 10 pelajar perempuan sedang lepak berdekatan tangga, mengambil gambar 'selfie' dan menunjukkan isyarat 'peace' di kamera.

Kumpulan itu sebaliknya mula menyerang mangsa yang dilihat berdiri di antara kumpulan tersebut.

Kumpulan pelajar terbabit melakukan serangan dengan mengoyakkan tudung mangsa, mengheret, menendang dan menarik rambut mangsa, sehingga dia bertindak mengangkat tangan untuk melindungi mukanya.

Laporan polis telah dibuat terhadap video itu dan siasatan sedang dijalankan.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment