Friday 28 March 2014

'Turn back': Abd Rahim akui kenyataan tidak tepat

 


SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abd Rahim Bakri mengakui, kenyataan beliau yang mengatakan MH370 berpatah balik (turn back) berkemungkinan setelah menerima arahan dari pusat kawalan adalah tidak tepat.

“Saya ingin menjelaskan bahawa ia hanya merupakan andaian saya semata-mata serta kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku.

“Selepas membuat semakan, saya ingin tegaskan bahawa andaian saya adalah tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, ketika perbahasan di Parlimen Abd Rahim berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap MH370 yang membuat turn back ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku ‘turn back' sehari selepas kehilangan MH370.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment