Friday 28 March 2014

MAS terima petisyen penumpang yang difailkan di Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) memaklumkan syarikat itu telah menerima salinan petisyen yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat, bagi pihak seorang penumpang yang menaiki pesawat MH370 yang hilang, terhadap pengeluar pesawat, Boeing Company dan MAS.

MAS berkata peguamnya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan bersedia menguruskan kes itu walaupun ia belum diserahkan secara formal.

Menurut MAS dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Khamis, ia faham bahawa petisyen berkenaan bukan saman tetapi adalah satu permohonan menerusi mahkamah untuk memperoleh maklumat.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pencarian oleh pasukan keselamatan pelbagai negara kini sedang giat dilakukan di koridor selatan Lautan Hindi.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment