Monday 10 February 2014

Nelayan mati dalam bot


DUNGUN:  Hasrat seorang nelayan untuk temujanji dengan pakar jantung di Hospital Kemaman pada 17 Febuari depan tidak kesampaian selepas ditemui mati ketika menangkap ikan kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Dungun.

Che Md Khaidi Nik, 52, seorang tekong bot ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu bot oleh empat awak-awaknya selepas menurunkan bubu kira-kira jam 12.30 tengahari.

Menurut isteri mangsa, Rahmah Ibrahim,54, berkata suaminya itu dimasukkan ke wad hospital Dungun selama seminggu selepas mengalami sesak nafas dan dibenarkan keluar Hospital Khamis lalu.

Kata Rahmah,beliau menasihatkan mangsa supaya tidak ke laut namun suaminya mendakwa simpati terhadap  empat awak-awaknya tidak dapat mencari rezeki sepanjang tempoh dia dirawat di hospital.

Beliau berkata suaminya  keluar ke laut kira-kira jam 11 malam pada Jumaat juga dengan hasrat untuk untuk menambah sumber kewangan sebagai perbelanjaan untuk mendapatkan rawatan pakar.

Menurutnya,salah seorang dari awak bot terbabit menghubungi pemilik bot dan kemudianya memaklumkan  mengenai kejadian itu.

Bot yang membawa jenazah mangsa  tiba di jeti lembaga kemajuan ikan maysia (lkim)kuala dungun, kira- kira jam 2.30 petang dengan dikemudikan salah seorang awak awak..

Ketua polis daerah, pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.

Katanya, bedah siasat ke atas jenazah mangsa di bilik forensik hospital dungun mengesahkan tiada unsur khianat dan mangsa disahkan mati mengejut. - ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment