Tuesday 4 February 2014

Bekas hakim mahkamah rasuah dibicarakan kes rasuah

JAKARTA: Mahkamah Rasuah di Semarang pada Isnin membicarakan dua bekas hakimnya yang berdepan tuduhan menerima suapan dalam kes yang pernah mereka kendalikan.

Akhbar The Jakarta Post melaporkan kedua-dua bekas hakim itu, Asmadinata dan Pragsono dibicarakan secara berasingan.

Mereka dituduh menerima suapan berjumlah 150 juta rupiah atau lebih kurang RM40,000 daripada Hakim Mahkamah Rasuah di Pontianak, Heru Kisbandono. Suapan itu sebagai ganti untuk mereka menjatuhkan hukuman yang ringan ke atas bekas speaker Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Grobogan di Jawa Tengah, M. Yaeni yang berdepan tuduhan rasuah berjumlah 1.9 bilion rupiah (lebih kurang RM500,000).

"Suapan itu adalah untuk mempengaruhi hukuman hakim sama ada meringankan hukuman atau membebaskan M. Yaeni," kata pendakwaraya pada pembukaan perbicaraan kes itu.

Mahkamah yang sama pada April tahun lalu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda 500 juta rupiah (RM137,000) kepada seorang lagi hakim, Kartini Juliana Magdalena Marpaung yang terlibat dalam pertuduhan yang sama.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment