Saturday 25 January 2014

Jumlah mangsa banjir di Beaufort 584 orang

BEAUFORT - Mangsa banjir yang dipindahkan di sini hari ini meningkat kepada 584 orang berbanding 478 orang semalam. 

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Sahid Othman berkata mangsa adalah dari 59 buah kampung yang 370 orang daripada mereka ditempatkan di Dewan Pa' Musa dan sebanyak 214 orang di Kampung Suasa.

Beliau juga berkata enam buah masih sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Suasa, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Garama, SK Lajau, SK Limbawang dan Tadika Perpaduan SK Suasa.

Mohd Sahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah berkata jalan ke beberapa buah kampung masih tidak dapat dilalui antaranya Kampung Binunuk dan Kampung Tebobon.

Bagaimanapun jalan ke Kampung Bingkul, Kampung Melulugus, Kampung Limbawang, Kampung Batu 60 dan Kampung Lawa telah boleh dilalui, katanya. 

Beliau berkata paras air Sungai Padas mencatat bacaan 8.63 meter setakat pukul 3 petang berbanding paras bahaya 8.70 meter. - Bernama

No comments:

Post a Comment