Friday 12 December 2014

Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok


Tony Fernandes tunai janji, tiket percuma ke Bangkok

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial tempatan yang masih bercakap tentang kehebatan skuad bola sepak negara bukan sahaja menzahirkan perasaan bangga dan gembira mereka sepanjang hari ini di susur masa Twitter, malah ternanti-nanti tentang apakah yang dimaksudkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam tuitnya.

Malam tadi, pasukan Harimau Malaya berjaya membenam Vietnam dengan jaringan 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi.

Sebelum perlawanan berakhir, ini yang ditulis oleh Tony menerusi akaun Twitternya kira-kira jam 8 malam semalam:


If we win I guarantee you @aireenomar will do special flights. We have time. But let's win first. Go harimau— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 11, 2014

Tuit tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai yang ternanti-nanti apakah kejutan yang bakal dilakukannya, sebagai hadiah kepada penyokong setia skuad Harimau Malaya.

Pada pukul 10 pagi ini, Tony melalui Twitternya menjawab pertanyaan ramai berhubung perkara itu.

Beliau menyatakan bahawa akan memberikan lima tiket percuma kepada penyokong skuad negara dengan gaya pakaian atau kostum terbaik Harimau Malaya. Selain itu, pihak Tony juga menyatakan bahawa kos penginapan di Tune Hotels di Bangkok akan dibiayai.


Okay I gave 5 free tickets to harimau fans who are best dressed to support Malaysia in final.— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 12, 2014

Send me a picture of Twitter of yourself dressed up. We will pay for hotel at @tunehotels— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 12, 2014

To summarise. @aireenomardoing special flight. Also Airasia tickets available to Bangkok. I'm giving 5 ... http://t.co/wrQ4J9Ggoz— Tony Fernandes (@tonyfernandes) December 12, 2014Sehingga kini, pengguna Twitter sudah mula membalas tuit Tony dengan pelbagai aksi dan ragam unik.

Ini saya dan @Burujerdi wahai mr @tonyfernandes @AirAsia@aireenomar . Cinta kami pada Malaysia. Tanah air ini. pic.twitter.com/zZQaJwPggu— Semboyan Negara! (@Lapodbeheshti) December 12, 2014

Haaa @tonyfernandes more harimauuu !! Huahaha pleaseee make it 6 ticket pleasee ni harimau betul ni hahaha pic.twitter.com/MJVphX9fdz— NNN (@fadhlishaz) December 12, 2014

@tonyfernandes girl whose heads over heels over footie :) pic.twitter.com/XcpAm9DLSn— RajaNurfatinAmeera (@jajabinks26) December 12, 2014

@tonyfernandes LAST PICTURE PLEASE SIR HAHAHAHA pic.twitter.com/3HwX3haB6c— LQMNLG (@luqmanlong) December 12, 2014Malaysia akan menentang Thailand dalam perlawanan final di Bangkok pada 17 Disember dan pusingan kedua pada 20 Disember di Stadium Shah Alam.

Kenyataan rasmi berhubung tawaran tiket penerbangan dan penginapan percuma dari pihak AirAsia akan menyusul.

No comments:

Post a Comment