Saturday 6 December 2014

Taufan Hagupit badai Filipina dalam tempoh 24 jam

MANILA - FILIPINA. Penduduk Filipina bersiap sedia menghadapi kedatangan taufan kencang dalam tempoh 24 jam, dengan pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk di kawasan pantai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Taufan terbaharu yang dijangka membadai wilayah Samar Timur itu dikenali sebagai Hagupit, iaitu taufan kedua melanda kawasan berkenaan dalam tempoh setahun, menurut Press TV.

Menurut biro kaji cuaca tempatan, kekuatan taufan Hagupit boleh mengatasi Haiyan yang telah mengorbankan kira-kira 7,000 penduduk pada 2013. 

- Sumber: Sinar Harian, December 6

No comments:

Post a Comment