Saturday 6 December 2014

Amaran angin kencang, laut bergelora

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan di perairan Sabah dan Labuan sehingga Selasa depan.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, keadaan sama diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi, dalam tempoh yang sama.

Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan-kawasan itu adalah berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut. 

-Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment