Tuesday 16 December 2014

Siapa dia "Tuan Sheikh" Man Haron Monis?



Man Haron (gambar) menggelarkan dirinya sendiri sebagai Sheikh - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Man Haron Monis adalah lelaki bersenjata yang menjadi dalang di sebalik krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney yang berakhir pagi tadi.

Ini beberapa fakta yang diketahui berkaitan Man Haron yang turut terbunuh dalam insiden itu:

-Dilahirkan di Iran, dia tiba di Australia sebagai pelarian pada 1996.

-Dia dikatakan mengubah pegangan agama dari fahaman Syiah kepada Sunnah selepas mendakwa ajaran Syiah tidak mencerminkan Islam sebenar.

-Dia yang menggelarkan dirinya Sheikh, pernah didakwa diatas beberapa kesalahan termasuk manghantar surat berbaur menghina kepada keluarga anggota tentera yang pernah berkhidmat di Afghanistan.

-Media Australia melaporkan ketika kejadian Man Haron sedang diikat jamin atas satu pendakwaan yang mengaitkannya dengan pembunuhan bekas isterinya selain melakukan serangan seksual.

-Laman web miliknya yang kini telah disekat sebelum ini memaparkannya memegang gambar kanak-kanak Arab yang terbunuh dengan kata-kata “Ini bukti keganasan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk Australia. Kesan dari serangan udara mereka.”

-Man Haron juga mendakwa anaknya telah “dilarikan” oleh kerajaan Australia dan dia tidak dibenarkan menghubungi mereka.

-Monis mendakwa tuduhan yang dikenakan keatasnya adalah bermotifkan politik dan memburuk-burukkannya.

-Dia turut mengatakan lamannya bertujuan sama dengan Wikileak’s milik Julian Assange yang ingin mendedahkan kepincangan kerajaan.

-Laporan juga mengatakan Man Haron mendakwa selain dari bidang ilmu bintang, kira-kira dan meditasi, ilmu hitam juga adalah sebahagian dari bidang kepakarannya.

Sumber – AFP melalui Astro Awani 

No comments:

Post a Comment