Tuesday 16 December 2014

Sekolah Pakistan diserang Taliban, lebih 100 orang maut



Pegawai keselamatan hospital membantu seorang pelajar yang tercedera di dalam serangan yang berlaku pada Selasa, 16 Dis. - Foto AFP/Mohammad Sajjad

PESHAWAR: Lebih 100 orang termasuk sekurang-kurangnya 82 kanak-kanak dibunuh di dalam satu serangan oleh kumpulan militan Taliban di sebuah sekolah yang dikelola oleh pihak tentera di Pakistan pada Selasa, kata pihak berkuasa.

Menteri kanan wilayah Inayatullah memberitahu AFP sekurang-kurangnya 104 mayat telah dibawa ke dua buat hospital di Peshawar, di mana insiden tembak-menembak itu berlaku.

Sekurang-kurangnya lima pemberontak memakai pakaian seragam tentera telah memasuki Sekolah Awam Tentera di bandar Peshawar, menurut satu sumber di sekolah itu yang memberitahu AFP.

Ibu pejabat tentera Pakistan berkata "operasi menyelamat" sedang dijalankan dan sebahagian besar kakitangan dan pelajar telah dipindahkan.

Seorang pegawai kanan tentera berkata pihak tentera telah mengepung sekolah dan rakaman televisyen menunjukkan mereka mengambil posisi masing-masing.

Seorang pegawai kanan polis berkata "letupan besar" telah berlaku di dalam bangunan.

Pihak Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, dan berkata ia adalah tindakan balas untuk operasi berterusan tentera terhadap militan di kawasan utara Waziristan Utara berhampiran Peshawar.

Hospital Lady Reading, Penshawar menerima 26 mayat, kata jurucakap Jamil Shah. Laporan dari Hospital Gabungan Tentera berkata mereka mempunyai 69 mayat.

Menteri Penerangan Wilayah Mushtaq Ghani berkata, ramai yang mati terbunuh dalam letupan bunuh diri.

Mudassar Abbas, seorang pembantu makmal fizik di sekolah itu, kata beberapa pelajar sedang meraikan satu pesta ketika serangan bermula.

"Sayamelihat enam atau tujuh orang berjalan dari satu kelas ke satu kelas dan menembak ke arah kanak-kanak," katanya.

Pelajar yang terselamat dalam serangan itu berkata askar datang untuk menyelamatkan pelajar semasa serangan kurang aktif.

"Apabila kita telah keluar dari kelas kita melihat mayat-mayat rakan-rakan kami yang terletak di koridor. Ada yang ditembak tiga kali, ada yang empat kali," kata pelajar itu.

"Orang-orang itu masuk ke dalam bilik satu persatu dan mula menembak kakitangan sekolah dan pelajar."

Sasaran TTP

Sekolah di Jalan Warsak, Peshawar adalah sebahagian daripada sistem sekolah dan kolej awam dikelola pihak tentera. Ia mempunyai 146 sekolah di seluruh negara untuk anak-anak anggota tentera dan orang awam. Pelajar mereka berusia dari 10 hingga 18 tahun.

Sekolah-sekolah itu mendidik anak-anak pegawai dan juga anggota tentera. Isteri kepada askar-askar menjadi guru di dalam sekolah berkenaan.

Seorang pegawai keselamatan memberitahu AFP bahawa ratusan pelajar dan kakitangan berada di dalam sekolah ketika serangan bermula, namun masih tidak jelas berapa ramai masih ditahan di dalam.

Jurucakap TTP Muhammad Khurasani memberitahu AFP terdapat enam penyerang.

"Ia termasuk pembunuh sasaran dan penyerang berani mati. Mereka telah diarahkan untuk menembak pelajar yang lebih tua tetapi bukan kanak-kanak," katanya.

"Serangan ini adalah tindak balas kepada Zarb-e-Azab dan pembunuhan pejuang Taliban dan gangguan terhadap mereka."

Zarb-e-Azb adalah nama rasmi bagi serangan tentera terhadap kubu kuat Taliban dan militan lain di Utara Waziristan.

Tentera telah memuji operasi itu sebagai satu kejayaan besar dalam mengganggu pemberontakan TTP, yang telah membunuh ribuan rakyat Pakistan sejak ia meletus pada tahun 2007.

Lebih daripada 1,600 militan terbunuh sejak pelancaran Zarb-e-Azb pada bulan Jun, menurut data yang dikumpul oleh AFP daripada kenyataan tentera biasa.

Talat Masood, seorang jeneral bersara dan penganalisis keselamatan, berkata serangan itu bertujuan untuk melemahkan kuasa tentera.

"Ia merupakan usaha taktikal dan strategi. Pihak militan tahu bahawa mereka tidak akan dapat menghapuskan tentera, mereka tidak mempunyai keupayaan tentera sudah sudah bersedia," Masood memberitahu AFP.

"Jadi mereka akan sasar mereka yang lemah. Serangan ini mempunyai kesan psikologi yang besar."

Kawasan-kawasan separa autonomi di sempadan Afghanistan telah menjadi tempat sembunyi bagi kumpulan militan Islam – termasuk Al-Qaeda dan TTP dan juga pejuang asing Uzbeks dan Uighurs.

Washington telah mendesak Islamabad selama beberapa tahun untuk menghapuskan kawasan perlindungan kumpulan militan di utara Waziristan, tempat dimana pihak militan melancarkan serangan ke atas kuasa-kuasa NATO di Afghanistan. 

- Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment