Saturday 20 December 2014

Putin sedang dilamun cinta


Putin bersalaman dengan Kabayeva ketika pertemuan dengan barisan atlet pada 2004.


MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin akhirnya mengaku sedang dilamun cinta selepas lebih setahun bercerai dengan bekas isterinya, Lyudmila yang dikahwini selama 30 tahun.

Pendedahan itu dibuat ketika sidang media tahunan yang berlangsung selama tiga jam di ibu negara.

Bagaimanapun, Putin, 62, enggan mendedahkan identiti kekasihnya, namun beberapa spekulasi menyebut bahawa beliau mungkin menjalinkan hubungan dengan gimnas Olimpik berusia 31 tahun, Alina Kabayeva.

"Kami saling mencintai dan hubungan ini juga berjalan lancar," katanya tanpa memberi butiran lanjut.

Putin turut mengesahkan hubungan beliau dengan bekas isterinya masih baik dan mereka sering bertemu sambil ditemani kedua-dua puterinya, Mariya dan Yekaterina. 

- Sumber: Daily Mail

No comments:

Post a Comment