Saturday 20 December 2014

Anak bekas MB Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM: Anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Hasri Abu Hassan meninggal dunia kerana serangan jantung malam tadi.

Menurut kakak sulungnya, Datin Hasnoradah Abu Hassan, Allahyarham yang berusia 45 tahun meninggal dunia kira-kira 11.30 malam di kediamannya di Kota Kemuning di sini.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning petang ini selepas solat Asar.

Hasnoradah berkata keluarganya sedang menunggu ketibaan Tan Sri Abu Hassan Omar dari luar negara.

Mohd Hasri, anak ketiga daripada lima beradik, meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan.

Abu Hassan merupakan Menteri Besar Selangor dari 1997 hingga 2000. 

- Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment