Saturday 20 December 2014

Afdlin Shauki sedia jadi jurulatih Harimau Malaya

  • Muka depan Sinar Harian hari ini
  • Muka depan Sinar Harian hari ini

TERPULANG kepada anda menilai ini sebagai gurauan ataupun satu tawaran yang serius.

Pengarah dan pelakon terkenal, Afdlin Shauki ketika bercakap kepada Sinar Harian petang semalam, mengaku sedia melatih skuad Harimau Malaya.

Apakah ini bermakna Afdlin mahu mengambil alih tempat Dollah Salleh?

"Tidak. Saya bukan jurulatih taktikal bola sepak tetapi jurulatih lakonan. Saya mahu ajar pemain Harimau Malaya bagaimana mahu baiki mutu lakonan ketika beraksi di padang," katanya.

Sebagaimana peminat Harimau Malaya lain, Afdlin mengaku, daripada pengamatannya, pemain skuad negara tidak pandai berlakon ataupun sememangnya tidak mahu berlakon seperti kebanyakan pemain pasukan negara lain, termasuk Thailand yang akan jadi seteru mereka pada pertembungan final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

“Saya sendiri boleh ajar. Tak payah hantar ke kelas lakonan. Saya boleh tunjuk sebab saya sendiri pun minat bola," kata penyokong tegar Liverpool itu.

Ditanya mengenai tempoh, bagi Afdlin, sebulan memadai.

Tempoh itu kata Afdlin, cukup untuk dia menurunkan ilmu yang boleh menyebabkan lakonan pemain bola sepak dipercayai dan mempengaruhi pengadil.

Afdlin berkata demikian ketika ditanya mengenai tahap 'lakonan' pemain bola sepak negara berbanding pasukan lawan yang akan mereka temui malam ini yang begitu ketara kualiti persembahan mereka ketika final pertama di Bangkok lalu.

- Sumber: Sinar Harian, Disember 20

No comments:

Post a Comment