Tuesday 9 December 2014

Penyokong Malaysia mulakan insiden


Piala AFF Suzuki 2014

INSIDEN pergaduhan yang mencemari perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam malam kelmarin, berpunca daripada provokasi penyokong Malaysia yang membaling objek ke arah penyokong Vietnam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, akibatnya seorang penyokong Malaysia, berumur 20-an telah ditahan dan dibawa pulang ke balai untuk siasatan.

Bagaimanapun, Azisman berkata, dia telah dibebaskan atas jaminan.

“Ada insiden pergaduhan kecil berlangsung 10 hingga 15 minit sebelum akhir perlawanan menyebabkan seorang penyokong Vietnam cedera, tetapi pantas dileraikan oleh polis.

“Atas nasihat polis, mangsa bagaimanapun tidak membuat laporan dan beredar dari kawasan itu. Secara umumnya, keadaan terkawal selepas itu ,” katanya.

Difahamkan kejadian berlaku ketika perlawanan pertama separuh akhir Piala AFF memasuki minit ke-85, di mana Malaysia ketika itu ketinggalan 1- 2 kepada Vietnam.

Dalam perkembangan sama, Azisman berkata, pihaknya turut menerima tiga laporan insiden pergaduhan melibatkan penyokong Ultras negeri.

“Penyokong Ultras dari Perak dipukul oleh penyokong Ultras Johor berpunca daripada dendam semasa Ultras Johor diserang dalam perlawanan bola sepak di Manjung.

“Manakala bas penyokong Perak turut dibaling batu dan pecah cermin,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan lima lelaki dalam kejadian membakar suar pada malam perlawanan itu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment