Tuesday 9 December 2014

Elaine Daly pilih lelaki Afrika Selatan


PELAKON dan pengacara popular, Elaine Daly telah sah bergelar isteri kepada Nick Borden dalam sebuah majlis yang berlangsung di Restoran Itali, Ciao, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Elaine berkongsi detik perkenalannya bersama Nick yang juga seorang doktor pada Mac lalu dan selepas mengenali hati budi masing-masing, mereka mengambil keputusan bertunang pada Julai lalu.

Difahamkan, pasangan ini akan melangsung majlis meraikan perkahwinan mereka pada Sabtu lalu di sebuah lokasi rahsia sebelum satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Afrika Selatan bagi pihak keluarga Nick.

Pasangan ini turut memilih Zimbabwe sebagai lokasi bulan madu mereka.

- Sumber: MHOnline

No comments:

Post a Comment