Sunday 21 December 2014

Jururawat cetak, guna wang palsu


KOTA BHARU - Seorang jururawat dihukum penjara lapan tahun selepas mengaku salah memproses wang palsu, di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh, Nor Aziarina Ismail, 31, didakwa pada tuduhan pertama memproses dan memiliki alat mesin pencetak jenis Canon Pixma untuk tujuan pemalsuan 71 wang kertas RM100; 36 wang kertas RM20 dan 66 wang kertas RM10 dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor di hadapan masjid Kampung Jelor, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengah hari, 29 November 2013.

Pada prosiding sama, tertuduh turut dihukum penjara lima tahun selepas mengaku pada tuduhan kedua memiliki 173 wang kertas RM100, RM20 dan RM10, pada masa, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua tuduhan dibuat bersama suaminya, Azahar Yusof, 40, namun lelaki itu kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Sementara, Nor Aziarina pula dihukum penjara empat tahun lagi selepas sekali mengaku terhadap tuduhan secara berseorangan, iaitu menggunakan dua wang kertas palsu RM20 berjumlah RM40 di sebuah stesen minyak di Banggol Judah Machang, pada jam 6.49 petang, 25 November tahun sama.

Dia juga dihukum penjara enam tahun atas tuduhan pindaan menggunakan sebagai tulen iaitu RM100 palsu bernombor siri AH8309980 dan tujuh RM100 palsu AJ2209377 untuk membeli seunit Samsung Galaxy Tab 2, pada jam 7.30 malam, 26 November 2013.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus mengarahkan tertuduh menjalani kesemua hukuman itu serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan, hari ini.

Sebelum ini, Nor Aziarina turut dua kali dihukum penjara lapan tahun dan tiga tahun atas kesalahan sama.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment