Friday 7 November 2014

Soalan SPM bocor adalah palsu


Bukan fakta

Satu mesej disebarkan melalui media sosial menyatakan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu mengambil semula subjek Matematik kertas 2 kerana berlaku kebocoran soalan di beberapa negeri.

Mesej berkenaan dikatakan daripada pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Sabah yang berbunyi: "Perhatian kertas peperiksaan SPM Matematik kertas 2 Kod 1449/2 akan diulang pada 5 Disember kerana didapati bocor di negeri Melaka, Selangor dan Sabah.

Sila luangkan masa untuk mengulang kaji subjek tersebut."

Penyebaran mesej tersebut telah mewujudkan kekeliruan bukan sahaja kepada pelajar yang menduduki peperiksaan, malah ibu bapa pelajar yang mengharapkan kes kebocoran kertas peperiksaan di negara ini tidak berulang.

Fakta

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menerusi laman rasmi Facebooknya semalam menafikan dakwaan berlaku kebocoran pada kertas Matematik kertas 2 Kod 1449/2.

“Tarikh ulang semula peperiksaanberkenaan adalah tidak benar dan SPM berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau turut berharap orang ramai tidak mudah percaya terhadap sebarang penyebaran mesej palsu.

“Saya mohon agar berhati-hati apabila menerima berita sedemikian dan sebarang maklumat boleh didapati daripada laman web Kementerian Pendidikan iaitu www.moe.gov.my,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan menerusi satu kenyataansemalam turut menegaskan mesej viral itu tidak benar.

"Sehubungan dengan itu, peperiksaan SPM berjalan seperti yang dijadualkan," menurut kenyataan tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment