Friday 7 November 2014

Cristina Suzanne tetap selektif



BIARPUN wajah aktres muda, Cristina Suzanne jarang dilihat di kaca televisyen (TV), namun itu tidak bermakna bintang drama Bicara Hati itu hanya fokus dalam bidang perfileman.

Begitu pun, Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) ini mengakui agak selektif terhadap watak yang ditawarkan kerana mengelak daripada digelar stereotaip.

"Saya ada juga ambil tawaran berlakon drama kerana jika hanya fokus pada filem, agak susah hendak hidup sebenarnya.

"Setiap drama yang saya ambil itu hanya apabila saya rasa saya mampu untuk membawa watak yang diberi.

"Sebenarnya, berlakon drama adalah tempat kita belajar dan mengasah bakat lakonan, selalunya saya akan lihat skrip dahulu sebelum terima sesebuah drama," katanya kepada Zass.

Mengulas lanjut mengenai kejayaannya pada FFM26, teraju utama filem KIL ini memberitahu kemenangannya itu adalah titik permulaan untuk meletakkan namanya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat tanah air.

"Saya perlu banyak belajar dan mencuba pelbagai watak lain yang mencabar daripada watak yang saya menang itu," kata bekas peserta Pilih Kasih ini.

Sementara itu, Cristina baru saja tamat penggambaran drama Baby Ana Milik Siapa?, arahan Nizam Zakaria bagi slot Lestary TV3.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment