Sunday 2 November 2014

Pasangan hangat Bollywood Hrithik Roshan dan isteri akhirnya bercerai

Hrithik dan Sussanne telah mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu dan memiliki dua orang cahaya mata.

MUMBAI: Aktor Bollywood Hrithik Roshan dan isterinya Sussanne Khan akhirnya bercerai setelah mahkamah Mumbai mengeluarkan perintah itu selepas setahun tidak hidup bersama.

“Mahkamah telah memberikan perintah penceraian kepada kedua-dua mereka. Penceraian ini adalah atas dasar persetujuan bersama,” kata peguam Hrithik, Mrunalini Deshmukh kepada agensi berita PTI.

Hrithik dan Sussanne telah mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu dan memiliki dua orang cahaya mata.

Kedua-duanya memulakan proses penceraian April tahun ini dengan menfailkan penceraian mereka. Mereka lahir dari keluarga penggiat filem.

Berita rumah tangga pasangan paling popular Bollywood itu telah menggemparkan dunia perfileman dan peminat mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Disember tahun lalu, Hrithik yang juga pelakon filem ‘Krrish’ mengumumkan perpisahan menerusi satu kenyataan dan mengatakan Sussane telah memilih untuk memutuskan hubungan perkahwinan mereka.
W
MW
- Sikhs

No comments:

Post a Comment