Sunday 2 November 2014

Lembu bergaduh, penunggang jadi mangsa

Selvaraj yang cedera dibantu pengguna jalan raya.

Lembu bebas berkeliaran tanpa pengawasan.

LUKUT - Angkara dua kumpulan lembu sedang bergaduh di jalan raya, seorang penunggang motosikal cedera.

Kejadian berlaku di Taman Tasik Bandar Springhill, di sini kira-kira 2.30 petang semalam, apabila mangsa, R Selvaraj, 62, dilanggar salah seekor haiwan berkenaan.

Mangsa yang luka di beberapa anggota badan termasuk sakit di bahagian dada menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda berseorangan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Fasa 2 Bandar Springhill.

Menurut Selvaraj, sebaik tiba di lokasi kejadian, dia ternampak dua kumpulan membabitkan kira-kira 40 ekor lembu di kiri dan kanan jalan.

“Tiba-tiba seekor lembu yang berada di pembahagi jalan seperti sedang bergaduh berlari ke arah motosikal saya menyebabkan saya tidak sempat mengelak dan terjatuh.

“Mujur lembu itu tidak pijak atau terus menyerang saya," katanya yang mendapat rawatan di Hospital Port Dickson (HPD).

Selvaraj berkata, dia kesal kerana pemilik lembu membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran di kawasan perumahan dan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Rozi Ithnin berkata, MPPD menerima banyak aduan berkaitan haiwan peliharaan terutama lembu berkeliaran di kawasan awam termasuk jalan raya.

“Dalam masa sama, MPPD menjalankan operasi menangkap lembu berkeliaran tanpa jagaan pemilik atau penjaganya di kawasan awam.

“Jika pemilik lembu masih berdegil dan tidak mengawasi haiwan ternakan masing-masing, MPPD tidak akan bertolak ansur. Tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap mereka,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment