Sunday 30 November 2014

Amaran: Elak daki Gunung Datuk di musim hujan

Orang ramai diminta supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Datuk dekat sini berikutan keadaan tidak selamat dan merbahaya ketika musim hujan sekarang.

REMBAU: Orang ramai diminta supaya menghentikan sementara aktiviti pendakian di Gunung Datuk dekat sini berikutan keadaan tidak selamat dan merbahaya ketika musim hujan sekarang.

Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Ibrahim Sharif berkata aktiviti ini tidak sesuai dilakukan berikutan musim tengkujuh sekarang kerana ia boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan yang membahayakan pendaki.

"Saya nasihatkan supaya orang ramai mencari masa yang lebih sesuai iaitu sehingga cuaca betul-betul kembali pulih untuk memulakan semula aktiviti mendaki gunung tersebut.

"Di samping itu mereka perlu mengikut kesemua peraturan keselamatan yang telah ditetapkan terutamanya dari segi masa pendakian. Selain jangan pergi seorang diri atau pun berpecah dari kumpulan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata setiap pendaki perlu membawa bersama alat komunikasi agar pihak berkuasa dapat mengesan kedudukan jika mereka hilang arah, selain lampu suluh sewaktu aktiviti dijalankan pada waktu malam.

Beliau diminta mengulas dua kejadian pendaki tersesat semasa mendaki gunung itu bulan ini melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi.

Sementara itu Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri, Norazam Khamis berkata Jabatan Perhutanan Negeri telah diarahkan untuk mengehadkan aktiviti pendakian Gunung Datuk.

- Sumber: Bernama 

No comments:

Post a Comment