Thursday 6 November 2014

36 ikan lumba-lumba pandu mati terdampar di New Zealand


Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar (DOC) berkata, kumpulan ikan lumba-lumba tersebut kali pertama dikesan di Pelabuhan Ohiwa di kawasan timur laut perairan negara itu pada Isnin lalu.

Kata DOC, beberapa kumpulan sukarelawan telah dikerah ke beberapa kawasan pantai selepas berpuluh-puluh ikan lumba-lumba pandu dikesan terdampar.

“Kami berjaya membantu sebanyak 21 ekor ikan lumba-lumba pandu kembali semula ke laut tetapi 36 ekor lagi telah mati,” katanya.

Menurutnya, jabatan itu tidak tahu kenapa ikan lumba-lumba pandu itu berenang ke kawasan pantai sehingga menyebabkan ia terdampar.

Bagaimanapun, seorang pegawai DOC, Steve Brightwell berkata, kemungkinan haiwan berkenaan sakit dan datang ke pantai untuk mati. –

- Sumber: Agensi

No comments:

Post a Comment