Thursday 6 November 2014

Tips Wanita Mempertahankan Diri Dari Jenayah


Peningkatan indeks jenayah yang melampau-lampau mengundang bahaya. Mungkin inikah masanya untuk kita (sebagai wanita yang sering menjadi mangsa) berhak untuk mempertahankan diri dengan membawa ‘senjata’?

Di kawasan umum

● Jika anda melihat dan sedar wujudnya masalah, ubah haluan anda dan bersedia untuk lari.

● Jangan pakai barang kemas yang terlalu menonjol ketika berjalan sendirian.

● Jangan berkelakuan seolah-olah anda mudah menjadi sasaran. Tonjolkan keyakinan!


Kenderaan awam

● Jangan memilih untuk duduk di bahagian tingkap kerana anda mungkin ‘dihalang’ oleh seseorang yang berpotensi menjadi penyerang; selalu pilih tempat duduk di bahagian tepi laluan supaya anda dapat keluar dengan cepat.

● Selepas waktu puncak, pilih bahagian tren yang membawa lebih ramai orang atau bahagian yang betul-betul di belakang pemandu tren.

● Di dalam bas, duduk di belakang pemandu bas atau di sebelah supaya anda dapat keluar dengan cepat.

Teksi

● Selalu periksa pengenalan diri pemandu (selalunya dilekatkan dekat dengan visor) dan pastikan ia sama dengan wajah pemandu.

● Berhati-hati dengan teksi yang menggunakan kawalan kunci berpusat.

● Selalu buat panggilan teksi supaya pemandu mudah dikesan.


Pejalan kaki/orang yang sedang berjoging

● Selalu berjalan bertentangan jalan raya, jadi anda boleh lihat apa yang datang.

● Jika diekori, lari semula ke arah dari mana anda datang. Jika anda terus berjalan di laluan yang sama, itu akan memudahkan anda untuk terus diekori.

● Hati-hati dengan orang lain yang lalu-lalang.

● Kerap kali tukar laluan anda.


Pondok Telefon Awam

● Semasa anda membuat panggilan daripada pondok telefon, selepas mendail nombor, selalu-selalulah memandang sekeliling, jadi anda tahu apa yang berlaku di belakang anda dan melihat apa sahaja yang datang. Anda boleh beritahu orang yang anda sedang hubungi di telefon yang anda dalam masalah. Atau gunakan ganggang telefon sebagai senjata. Pintu pada pondok telefon boleh juga digunakan untuk menghimpit badan penyerang.


Pakaian

● Sarungkan pakaian yang boleh memaksimumkan pergerakan anda. Teknik mempertahankan diri terbaik tidak akan membantu sekiranya anda tidak boleh lari kerana memakai skirt ketat ataupun kasut tumit tinggi.

- Sumber: Astro Publication

No comments:

Post a Comment