Monday 27 October 2014

Tony Fernandes bakal tinggalkan QPR

Tony Fernandes

PENGERUSI Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes mengakui akan mengundurkan diri daripada kelab berkenaan sekiranya peminat inginkannya meninggalkan kelab.

Fernandes yang menjual pasukan Caterham Formula 1 Julai lalu, turut menulis mengenai pengundurannya daripada kelab di laman Twitternya.

“Ketua yang baik seharusnya tahu apabila tiba masa untuk berundur. Sampai masanya saya tinggalkan Caterham F1. Begitu juga QPR dan AirAsia, peminat dan staf yang akan menentukannya,” katanya.

Selain itu, dia juga memohon maaf kepada peminat berkenaan isu yang melanda pengurus pasukan, Harry Redknapp dan penyerang, Adel Taarabt baru-baru ini.

Pengurus pasukan tersebut mengkritik Taarabt secara terbuka dengan menyifatkan pemain tersebut sebagai pemalas ketika menjawab persoalan tidak menurunkan penyerang tersebut dalam perlawanan menentang Liverpool di Lofftus Road.

QPR kini berada di tangga terakhir liga selepas hanya memperoleh 1 kemenangan daripada lapan perlawanan, termasuk kekalahan 3-2 ketika menentang Liverpool.

Malam ini, QPR sekali lagi menjadi tuan rumah untuk perlawanan menentang Aston Villa.

-Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment