Monday 27 October 2014

Anwar tetap ke UM walau dihalang


SHAH ALAM - Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan tetap hadir ke program pidato yang dijadualkan berlangsung di Universiti Malaya (UM), malam ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui aplikasi WhatsApp kepada media, sebentar tadi. 

"Harap maklum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap ke UM malam ini, sama ada boleh masuk atau tidak," katanya. 

Sebelum ini kira-kira jam 3.15 petang, Anwar mengemas kini status di Facebooknya berkenaan perkembangan semasa UM.

“Maklumat terkini UM ditutup dan dikepung. Mereka zalim, kita lawan! Insya-ALLAH jumpa malam nanti,” tulisnya.

Anwar berkongsi satu paparan skrin e-mel yang dipercayai daripada pentadbiran UM yang menyatakan penutupan operasi universiti itu pada jam 4 petang ini gara-gara insiden gangguan elektrik dan kerosakan pada pencawang elektrik universiti berikutan cuaca buruk kebelakangan ini.

- Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment