Monday 22 September 2014

AF2014 Minggu ke-3: Farez tersingkir, Zarif dan Nina mata terendah

Farez diumum sebagai peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014.

KUALA LUMPUR: Farez diumum peserta kedua tersingkir pada konsert #AF2014 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Farez, atau nama sebenarnya Muhd Fareezuan, tersingkir selepas mendapat undian terendah pada konsert minggu ketiga malam ini.

Pelajar berusia 21 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur ini menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh Hafiz Suip.

Selain Farez, dua pelajar yang turut sama mendapat mata terendah ialah Zarif dan Nina.

Penyingkiran malam ini diumumkan hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.

Tiga orang juri yang bertanggungjawab memberi komen kepada para pelajar di konsert kali ini ialah Dato Ramli MS dan Raja Azura, manakala Datuk Aznil hj Nawawi selaku juri jemputan.

Konsert ini dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada barisan juara Akademi Fantasia musim lepas seperti Zahid, Mawi, Faizul, Hazama dan juga Mila.

Dengan penyingkiran Farez, kini tinggal 10 pelajar yang akan meneruskan perjuangan menjadi juara #AF2014.

Mereka ialah Adel, Nina, Muna, Ziha, Nuha, Ewal, Firman, Aman, Azwan, dan Zarif.

-- Sumber: Astro Awani

1 comment: