Monday 22 September 2014

Penduduk dunia dijangka capai 11 bilion pada tahun 2100

Lebih ramai penduduk di bumi mungkin akan memburukkan lagi masalah seperti perubahan iklim, penyakit berjangkit dan kemiskinan - Foto AP

KUALA LUMPUR: Penduduk dunia dijangka mencapai 11 bilion menjelang akhir abad ini, demikian menurut satu analisis yang dilakukan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Angka 11 bilion penduduk dunia pada tahun 2100 adalah melebihi 2 bilion dari jangkaan.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh kadar kelahiran tinggi di Afrika, kata laporan PBB di jurnal sains Amerika Syarikat.

Penulis bersama kajian tersebut Profesor Statistik dan Sosiologi dari Universiti Washington, Adrian Raftery berkata "Perkara ini seakan terpinggir dari agenda masyarakat dunia, namun ia adalah satu isu penting.”

Jumlah penduduk dunia ketika ini dianggarkan adalah 7 bilion orang. Jumlah tersebut sudah cukup mengejutkan berbanding 2.5 bilion penduduk dunia pada tahun 1950.







- Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment