Sunday 17 August 2014

Pihak pemberontak tembak jatuh jet pejuang sebelum mesyuarat di antara Rusia dan Ukraine

Menteri luar dari Rusia, Ukraine, Jerman dan Perancis akan mengadakan satu mesyuarat pada Ahad.

DONETSK: Pihak pemberontak pro-Rusia pada hari Ahad tembak jatuh sebuah jet pejuang Ukraine sebelum menjelangnya perbincangan di antara Kiev dan diplomat Moscow untuk meredakan ketegangan di bahagian timur bekas negara kesatuan Soviet itu.

Menteri luar dari Rusia, Ukraine, Jerman dan Perancis menuju ke satu mesyuarat di Berlin, selepas pemimpin Barat berebut-rebut untuk menyanggah dakwaan bahawa tentera Ukraine telah memusnahkan kenderaan tentera Rusia.

Tentera Ukraine memberitahu AFP, kapal terbang perang MiG-29 ditembak kerana mereka sedang mejalankan "tugasan untuk menghapuskan kumpulan pengganas" di rantau Lugansk yang dilanda persengketaan. Juruterbang berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun, katanya.

Pihak berkuasa di bandar utama Donetsk berkata 10 orang awam dibunuh dalam masa 24 jam. Sementara itu usaha tentera kerajaan untuk menggulingkan kumpulan pemisah selepas empat bulan dalam satu pertempuran telah menyebabkan lebih 2,100 orang mati dan membuat rantau ini di ambang bencana kemanusiaan.

Jerman menuntut Moscow untuk menjelaskan dakwaan pemimpin pemberontak yang berkata mereka telah menerima ratusan pejuang yang telah dilatih di Rusia untuk menyokong kumpulan pemberontak itu.

Pertempuran hujung minggu itu akan menegangkan mesyuarat yang akan di adakan pada hari Ahad di antara Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov, Menteri Luar Ukraine Pavlo Klimkin, dan rakan sejawat dari Perancis dan Jerman.

"Akan terbang ke Berlin. Rundingan tidak akan mudah. Ia adalah penting untuk menghentikan aliran senjata dan tentera upahan dari Rusia," Klimkin tulis di akaun Twitter beliau pada hari Ahad.

Presiden Perancis Francois Hollande menyeru Ukraine untuk menunjukkan "pertimbangan yang baik" dalam operasi ketenteraan selepas Kiev dengan bangganya berkata mereka telah memusnahkan sebahagian daripada konvoi tentera kecil dari Rusia.

Beliau juga mencadangkan rundingan boleh membuka jalan untuk suatu pertemuan empat mata di antara ketua-ketua Rusia dan Ukraine.

Pertempuran berterusan memburukkan lagi krisis kemanusiaan, dengan penduduk yang melarikan diri dari Lugansk memberitahu Human Rights Watch sukar untuk mendapat bekalan air dan makanan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, lebih 285,000 orang telah melarikan diri dari pertempuran. - Agensi

No comments:

Post a Comment