Wednesday, 27 August 2014

Hubungan lima tahun Intan Ladyana - Kamal Adli berakhir

Hubungan lima tahun berakhir

SELEPAS lebih kurang lima tahun menjalinkan hubungan cinta, pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli akhirnya membuat keputusan membawa haluan hidup masing- masing.

Intan yang mengesahkan hubungan mereka telah berakhir bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut punca perpisahan itu.

“Kami sudah tidak ada apa-apa lagi. Hubungan ini berakhir sejak akhir Ramadan lagi.

“Sebenarnya keputusan ini sudah lama difikirkan tapi baru sekarang ia berlaku. Kenapa kami ambil keputusan ini saya tidak boleh berkongsi.

“Mungkin sudah tidak ada jodoh,” jelasnya yang kelihatan tenang ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Lawak Warna 2014, di Hotel Istana.

Sementara itu, Intan akui lega kerana selepas ini dia tidak akan dihimpit dengan pelbagai persoalan yang berkaitan kisah percintaan.

“Selepas ini saya mahu lebih fokuskan pada kerjaya. Saya agak lega sebab lepas ini tidak ada lagi yang akan bertanya soal cinta kepada saya,” ringkasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan telah tercalon pelakon wanita komedi terbaik filem Adnan Sempit 3 menerusi Anugerah Lawak Warna yang akan berlangsung pada 19 September ini di Teater Selangor, Shah Alam.

-- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment