Wednesday, 27 August 2014

DiGi dan Maxis tampil dengan tema iklan yang sama

Salah satu babak dalam iklan Maxis bertajuk 'It's ok. We're family.' -Gambar: YouTube/Maxis

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi gergasi negara mungkin merebut untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan berpatutan untuk para pengguna mereka, namun sempena Hari Merdeka yang bakal disambut pada 31 Ogos ini, dua syarikat terlekomunikasi negara itu bersatu seperti satu keluarga.

Ini kerana Maxis Bhd (Maxis) dan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) menampilkan iklan sempena Hari Merdeka dengan tema yang sama, iaitu tentang kekeluargaan. Ia turut dilancarkan di laman media sosial syarikat masing-masing pada hari yang sama.

Iklan Maxis bertajuk "It's Ok. We're family" dan berdurasi selama 1 minit 34 saat.

Ia menampilkan seorang lelaki 'Mat Salleh' bernama Tim Sharp yang hairan dengan sikap orang Malaysia yang memanggil antara satu lain dengan penggunaan macha, makcik, abang dan sebagainya.

Kawan-kawan sekerjanya yang merupakan rakyat Malaysia berkata jika anda memanggil orang tidak dikenali dengan kata-kata kekeluargaan, mereka bukanlah lagi orang kita tidak kenali.

DiGi pula melakukan satu eksperimen sosial di mana seorang lelaki ingin tahu jika rakyat Malaysia akan menyahut jika mereka dianggap seperti keluarga.

Pada mulanya lelaki berkenaan akui agak takut namun setelah memanggil orang yang tidak dikenali dengan menggunakan perkataan seperti macha, anneh, pakcik dan uncle, rakyat Malaysia begitu mudah didekati.

“Kita mungkin tidak tahu nama masing-masing, tidak mengenali antara satu sama lain atau senyum seperti sering atau biasa kita lakukan tapi di lubuk hati saya, kita tahu yang kita boleh bergantung seperti sebuah keluarga,” kata lelaki berkenaan di dalam iklan berdurasi 3 minit 2 saat itu.

Kedua-dua iklan berkenaan mendapat reaksi positif oleh pengguna media sosial tempatan:

funny thing hppnd, Maxis and digi have the same Merdeka messaging - we are family. Maxis was funny but Digi pulled my heartstrings— visithra manikam (@visithra) August 26, 2014


Digi dan Maxis punya iklan merdeka sama tema! Hahahahaha 'We are family!'— Mat (@FairuzFawzi) August 26, 2014


Sama pulak theme iklan Merdeka 2014 Digi dan Maxis— Amyrull Fazmi (@fazmyrull)August 26, 2014


Adakah Celcom akan mempunyai iklan yang sama juga?


so @MaxisComms@DiGi_Telco comel la tu buat iklan sesama? hahahaha@celcom_malaysia bila nak join?— khairudin ali bidin (@khairudinali01) August 26, 2014

 
-- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment