Friday 8 August 2014

Afdlin Shauki bakal bekerjasama dengan Hugh Jackman?

Afdlin Shauki (kiri) dan Hugh Jackman (kanan) berkemungkinan akan bekerjasama - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki bakal bekerjasama dengan seorang pengarah dari Hollywood bagi menjayakan sebuah projek filem yang melibatkan sejarah di negeri Sabah.

Afdlin dan Roger Christian bakal bergandingan bagi menghasilkan sebuah filem yang mengisahkan peristiwa hitam di Sabah sewaktu berlakunya perang dunia kedua yang turut dikenali dengan nama Sandakan Death Marches.

Filem ini mengisahkan ribuan askar Australia dan Britain yang telah dipaksa oleh tentera Jepun untuk berjalan kaki sejauh 140 km daripada Sandakan ke Ranau yang terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Apa yang menjadi sejarah hitam ialah ramai askar yang telah terbunuh atau dibunuh sepanjang perjalanan mereka di sana dan akhirnya hanya enam orang askar Australia yang terselamat.

Iany dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan modal keseluruhan RM3 juta di mana RM1 juta dibiayai oleh kerajaan Malaysia sendiri dan selebihnya dari pihak FINAS sendiri.

Menarik tentang projek filem ini ialah kemungkinan pemegang watak filem The Wolverine iaitu Hugh Jackman bakal ditawarkan untuk menjadi peneraju utama untuk filem Sandakan Deatch Marches.

Namun masih tiada lagi kata putus mengenai perkara tersebut. Pihak produksi turut menyasarkan filem ini bakal dilancarkan sewaktu berlangsungnya Festival Filem Cannes 2016.

Dalam pada itu, pengarah Roger Christian menghabiskan masa tiga bulan berada di Sabah untuk membuat kajian terperinci tentang sejarah tentang Sandakan Death AMrches dan turut menemubual penduduk tempatan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang peristiwa tersebut. -- Astro Gempak

No comments:

Post a Comment