Sunday 8 June 2014

Mayat reput yang ditemui di Pulau Tioman disahkan sebagai Gareth Huntley

Polis mengesahkan mayat yang ditemui di Pulau Tioman ialah Gareth Huntley


KUANTAN: Mayat reput yang ditemui di berhampiran sebuah chalet di Kampung Juara, Pulau Tioman pada Rabu lalu telah dikenalpasti sebagai Gareth Huntley, seorang warga Britain yang dilaporkan hilang pada 27 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan identiti mangsa selepas sampel darah yang diambil daripada ibu mangsa, Janet Southwell berpadanan dengan sampel DNA Gareth.

“Padanan tersebut tepat dan mayat yang nditemui itu adalah Gareth Huntley, warga Britain yang hilang pada minggu lalu,” katanya.

Huntley dilaporkan hilang sekitar waktu tengah hari selepas pergi ke kawasan Air Terjun Lubuk Teja yang berada di pulau itu.

Dia bagaimanapun gagal ditemui selepas itu dan memaksa gerakan mencari dilakukan secara besar-besaran.

Mayatnya ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada 4 Jun lepas pada jam 1 petang di sekitar Sungai Mentawak kira-kira 200 meter daripada kawasan chalet di kawasan tersebut.

Astro Awani 

No comments:

Post a Comment