Sunday 15 June 2014

'Kenapa awak langgar saya'

Keadaan motosikal mangsa.
Keadaan motosikal mangsa.


REMBAU – “Sebaik menghampiri mangsa, dia terus memberi salam kepada saya dan bertanya mengapa saya melanggarnya,” luah Zahari Ahmad, 64, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 44, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 7.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Tampin, namun dipercayai tidak mengalami kecederaan serius.

Mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Proton Perdana dari arah Alor Gajah menghala ke Kampung Penajis.

Menurut Zahari, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Tampin ke Kendong dan ternampak mangsa merangkak ke bahu jalan selepas terjatuh di jalan raya.

“Saya terus memberhentikan motosikal dan menuju ke mangsa kemalangan, tiba-tiba mangsa kemalangan memberikan salam kepada saya dan bertanyakan kenapa melanggarnya.

“Saya beritahu bukan saya yang melanggarnya dan ingin menghulurkan bantuan kepadanya. Pada masa itu, saya lihat mangsa mengalami sakit-sakit badan,” katanya.

Pemandu kereta Proton Perdana, Marzali Margini, 65, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Sebang Baru, Alor Gajah ke Masjid Kariah Kampung Penajis.

Menurutnya, sewaktu kejadian dia mahu menghantar tempahan makanan di masjid berkenaan untuk majlis Malam Nisfu Syaban.

“Saya memandu seperti biasa dan tidak menyedari terdapat motosikal di hadapan kerana lampu belakang motosikal berkenaan tiada. Jadi bila sudah terlalu hampir saya terkejut dan kenderaan kami bergesel.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, sebuah motosikal ditunggang di hadapan tengah jalan lalu bergesel dengan sebuah kereta.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment